HATYAI, THAILAND.

My 1st solo adventure.

Cost Hangus (Exclude Makan and Shopping)

Cost di Malaysia: RM 108.40

  • Bus Ticket = RM40.40/return (Hentian Bas MBKT – Stesen Bas Rantau Panjang – Hentian Bas MBKT)
  • Ani Hotel = RM30 ( 1 Night )
  • Simcard AIS = RM29 (Hello1010.my) + RM6 (Shipping)
  • Motor Tambang ( Day 1) = RM 8
  • Motor Tambang ( Day 2) = RM15
  • Motor Tambang ( Day 4) = RM15

Cost di Thailand : THB 1424

  • Train Su-ngai Kolok – Hatyai = THB 42
  • Train Hatyai – Su-ngai Kolok = THB 92
  • Hatyai DEE Hostel = THB 500 (2 Nights)
  • Kos Motor Tambang 3 days = THB 720
  • Grab = THB 70
CURRENCY

RM 300 = THB 2794

My Journey 4D3N

Dalam masa sebulan jugak aku plan nak gi Hatyai. Awal-awal lagi dah nekad nak try solo. Terdetik je nak gi, terus aku bagitahu mak aku nak gi Thailand. U know what.. my mom take my word as a joke and she said go on. Dalam sebulan tu berapa kali aku bagi hint kat mak aku yang aku betul-betul nak gi sana. After 2 weeks, i told again and guess my mom said what ” Thailand in a war”. Aku try to convince my mom that i can take care myself. Aku cakap “dont worry ma, Allah kan ada”. Aku tak tahu la dari mana datangnya keberanian nak g sorang-sorang negara orang. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya buat aku. Kebergantungan aku 100% pada-Nya.

Aku pergi ke sana pada 17 – 20 August 2018.  Dah nak masuk tahun 2019 baru ada mood nak type dalam blog (mood ngengada). Trip aku pakai redah je. Aku tak ambil sebarang pakej sebab aku rasa lagi fun redah sorang-sorang and of course aku rasa puas. Worth it!

Keesokannya, lepas bersalam dengan mak and adik-adik aku, terus aku bertolak ke hentian bas MBKT. Sampai je di stesen bas aku pergi ke kaunter Ekspress Perdana tapi memandangkan penjual tiket tiada so aku buat keputusan untuk settlekan passport dahulu di UTC Paya Bunga Square. Passport aku siap tak sampai satu jam pun. RM200 valid for 5 years. Lepas pick up passport aku pergi ke stesen bas semula. Nasib aku baik sebab masih ada tiket lagi untuk ke Rantau Panjang. Tu pun last seat belakang sekali (Ekspress Perdana) berharga Rm20.20 sehala.

Bas bertolak pada pukul 12.15 p.m. Aku sampai di Rantau Panjang pada pukul 5.45 p.m. Ya ampun jalan dia punya la jem boleh buat sapu dengan roti bak hang. Padahal dari trafik light tu ke stesen bas Rantau Panjang sejengkal je. Kalau jalan kaki dalam 3 minit dah sampai. Aku rasa kat situ memang dah biasa jem kot sebab masa aku balik dari sana pun jem lagi teruk. Maybe masa tu musim cuti sekolah and time nak Raya Aidiladha.

Setelah bas selamat sampai di stesen bas Rantau Panjang, aku tidak mahu melengahkan waktu lagi memandangkan sudah lewat petang. Aku berjalan menghala ke Masjid Beijing yang ada berdekatan di situ. Niat untuk solat jamak disitu. Sikit je lagi nak sampai ada sebuah moto stop tanya aku nak ke mana. Aku cakap nak ke masjid. Dalam waktu yang sama aku memberitahu Abe (nama panggilan driver moto tambang) untuk ke hotel yang telah aku mark sebelum ini untuk stay overnight di Rantau Panjang.

Pusing punya pusing tapi still tak jumpa hotel tersebut. Nasib baik aku belum book lagi. Alang-alang tengah pusing di bandar Rantau Panjang aku pun suruh Abe bawak aku ke money changer yang berdekatan. Siap tukar duit, Abe pun suggestkan supaya aku stay di hotel sepupunya, Ani Hotel. Aku dapat bilik berharga Rm30/night. Ok sangat untuk aku tidur rehatkan badan.

Aku deal terus dengan Abe supaya hantar aku ke train station pada hari esok. Keesokannya, lepas subuh aku menunggu Abe di lobi. Beberapa minit je dia pun sampai. Abe ni boleh dikira tepati masa jugak la.

Abe bawa aku ke ICQS untuk scan passport. Tak payah turun pun dari motor. Hulur je kat kaunter imigresen lepas scan dah boleh gerak. Lepas tu, sampai di imigresen thai. Di Imegresen Thai, kita kena turun tau masuk ke dalam untuk isi white card. Isi sendiri je then pergi kaunter bagi Abang Thai cop passport. Aku tak kena cas apa pun. Tips kalau taknak beratur panjang better korang pergi awal pagi macam aku.

Lepas tu Abe terus hantar aku ke Sungai Kolok Train Station. Aku upah tambang Abe Rm15. Return pun sama sebab aku call Abe masa balik dari sana untuk ambil aku di train station jugak.

Aku terus beli tiket dan menunggu train bergerak. Train depart pukul 6.30 a.m. Train dia klasik gila. Boleh la acah-acah macam movie Chennai Ekspress haha.

Ticket train
Duit Bath aku tukar dekat money changer aunty chinese Rantau Panjang

Train to Hatyai almost take 5 hours. Seat kayu uolls. Berpetak punggung weii 🤣🤣. Sampai je kat Hatyai junction, aku jalan kaki ke Hatyai Dee Hostel. Jalan kaki lebih kurang 4 minit je. Aku pergi cara backpacker so senang bagi aku nak bergerak.

Suasana di Hatyai Junction

Aku settlekan bayaran hostel dan terus check in. THB500 for 2 nights and deposit THB100. Deposit owner akan bagi balik masa check out. Aku dah book hostel ni 3 minggu awal di booking.com. Hostel ni boleh kata terbaik jugak. Muslim friendly, owner dia pun muslim. Jangan risau, hostel ini ada menyediakan surau untuk muslim tourist.

Lepas bersihkan badan and solat aku terus jalan-jalan sekitar Lee Garden street. Aku jalan kaki je dari hostel.

Antara tempat-tempat yang aku sempat pergi :-

  • Kim Yong Market
  • Lee Garden Street
  • Asean Night Bazaar
  • Hatyai Cable Car
  • Dimsum Chabura
  • Songkhla Central Mosque
  • Floating Market (takjadi sebab hujan lebat)
  1. Kim Yong market – Jalan kaki dari hostel.
Kawasan luar Kim Yong market

2. Dimsum Chabura – Grab dari hostel (70 Bath)

Dimsum Chabura
Penuh orang Malaysia dekat Dimsum Chabura

3. Asean Night Bazaar – Taxi moto dari Kim yong Market (50 Bath)

Asean Night Bazaar ( Bahagian Bawah)
Asean Night Bazaar (Tingkat Atas)

4. Songkhla Central Mosque – Taxi moto

5. Hatyai Cable Car (Hatyai best watchtower) – Taxi moto

Pengangkutan

Pengangkutan disini boleh dikatakan sangat senang nak access ke mana-mana sahaja. Bersepah-sepah kat sini. Mostly, aku naik taxi moto sebab harga lagi berpatutan and disebabkan aku seorang. Tuk tuk pulak aku naik sekali je. Harga boleh tahan jugak. Kalau ramai-ramai berbaloi la. Kang kempunan pulak balik Malaysia tak naik tuk tuk. Grab pun aku naik sekali je. Dari hostel aku nak ke Dimsum Chabura baru 70Bath. Murah kan..

Ni la rupa Tuk Tuk
Aku nak duk belakang tp Uncle Ah Heng suruh duk depan 🙄
Naik taxi moto

Setelah 3 hari 2 malam aku kat hatyai, time to go back home yeahh.. Rindu nak travel solo lagi. Next year, in shaa Allah new destination.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s